Monday, February 14, 2011

hadiah malam krismas

semalam aku menonton sebuah rancangan tv korea tentang hadiah yg paling bermakna di hari krismas..entri aku kali ni bknlah nk bercerita tentang kehebatan hari krismas..tapi aku nk bercerita tentang hadiah yg di berikan oleh program rancangan tersebut kepada pekerja2 asing dr india dan kemboja pd malam krismas iaitu "keluarga"..

pada mulanya aku menonton rancangan itu aku tak rasa apa2 pn..tapi bila aku melihat ekspresi wajah setiap ahli keluarga pekerja asing itu..hati aku cukup tersentuh..aku melihat tangisan seorang emak yg merindui anaknya..tangisan seorang isteri yg sering mengingati suaminya..rengekan dari seorang anak kepada ayahnya..aku melihat air mata yg tulus dan suci yg datang dari hati mereka..mereka saling berpelukan kerana hampir 2 thn trpisah kerana mencari rezeki di korea..terlalu besar pengorbanan mereka demi keluarga yg tersayang..

setiap ahli keluarga di beri masa 3 hari utk menikmati masa bersama2..dan hari terakhir mereka akan berpisah di airport korea..sekali lagi tangisan yg sangat syahdu bergema..anak2 kecil seolah2 memahami yg mereka tidak akan dpt brjumpa lg dlm waktu terdekat..si ibu yg tidak mahu melepaskan anaknya..dan di saat itu aku menitiskan air mata..apa yg berlaku bkn di reka2..dan air mata yg jatuh bknnya palsu..kerinduan yg masih lagi tidak puas namun sekali lagi mereka terpaksa berpisah..

apa yg aku dapat dari rancangan ini bknlah sekadar menangis kerana sedih semata2..tapi nilai sebuah keluarga..keluarga adalah orang yg paling dkt dgn diri kita..keluarga adalah orang yg sanggup menerima kita walau apa pn yg berlaku..buruk baik diri kita hanya akan di terima oleh keluarga tanpa sebarang syarat..sebenarnya bagi aku tanpa keluarga aku tak akan jd setabah ini..setiap kali aku gagal dalam hidup aku akan pandang wajah setiap ahli keluarga ku dan dgn sendirinya aku akan bangkit dari segala yg menjatuhkan aku..

keluarga adalah penguat untuk aku..keluarga juga adalah pendorong hidup aku..selemah mana pn aku..aku tetap akan bangkit semula kerana aku sedar aku mempunyai sebuah keluarga yg sentiasa ada bersama aku..ketika susah..ketika senang..setiap detik setiap saat..aku bangga menjadi sebahagian dari keluarga aku..walaupun ayahku bknlah seorang yg berpangkat dato' atau emakku bknlah seorang yg berpangkat datin tp mereka tetap orang yg paling aku sanjung selepas ALLAH dan NABI MUHAMMAD SAW..

tapi nilai keluarga adalah perkara yg subjektif..mungkin ada org berpendapat keluarga adalah org yg paling menyusahkan mereka..ada yg merasakan mereka terkongkong bila bersama keluarga..ada org yg hidup susah kerana di dera dgn ahli keluarga mereka sendiri..aku bersyukur kerana ahli keluarga ku saling memerlukan..kepada mereka yg mempunyai masalah dgn ahli keluarga jgnlah sesekali mengabaikan ibu bapa anda..ibu bapa adalah diri anda masa hadapan..sayangilah mereka sepenuh hati..ALLAH maha memberi dan maha mengetahui perkara yg terbaik untuk anda..

Friday, February 11, 2011

indahnya cinta

cinta??apa itu cinta??dari mana datangnya cinta??bagaimana cinta terlahir??soalan2 itu selalu berlegar2 di mindaku..di dalam hidupku..aku mengertikan cinta sebagai anugerah yg terindah yg ALLAH kurniakan kepada manusia..kerana dari cinta maka wujudlah hubungan di antara seorang insan dgn insan yg lain..cinta dapat dilihat dari beberapa sudut hati..

pertama...

cinta azali..cinta azali adalah cinta yg telah trbina sejak sebelum kita di ciptakan di dunia ini..cinta ini tidak dapat dipisahkan walau apa yg berlaku..dari cinta azali lah kita dilahirkan ke dunia ini..cinta azali ialah cinta di antara ibu bapa dan anak2nya..tidak kiralah bagaimana cara ibu bapa mengajar anak2nya dalam menghadapi dunia ini..tetapi cinta mereka terhadap anak2 tidak pernah pudar walau sedikit..mereka sanggup berkorban harta dan nyawa demi ank trsayang...dan tidak ada satu pn yg akan memisahkan cinta azali walaupn jasad tidak bernyawa..inilah di katakan cinta ibubapa di bawa kesyurga..

kedua...

cinta dan kasih..cinta dan kasih ini terlahir apabila seorang perempuan mempunyai persaan terhadap perempuan atau sebaliknya..cinta seperti ini tidak selalunya indah..cinta jenis ini seringkali di badai dgn dugaan dari ALLAH..ujian demi ujian ALLAH hadiahkan kepada pasangan itu supaya mereka dapat menilai keserasian, keimanan, dan sedalam mana cinta mereka terhadap pasangan..semua orang boleh bercerita tentang cinta dan kasih..namun bkn semua org yg akan benar2 menemui cinta dan kasih yg ALLAH tentukan untuk mereka..apa yg paling penting di dalam cinta dan kasih ialah cinta itu sendiri perlulah berlandaskan pegangan ISLAM dan mengikut jalan ALLAH..

ketiga..

cinta segera..cinta segera seringkali terjalin diantara seorang lelaki yg sunyi dgn seorang perempuan yg sunyi atau sebaliknya..cinta segera berlaku bila mana seorang lelaki terasa sunyi di hati dan dia telah memilih seorang wanita yg sunyi sebagai kekasihnya..cinta seperti ini kadang kala menjadi dan kadang kala tidak..jika cinta ini terjadi bermakna ALLAH berkuasa menemukan mereka dgn cara sebegitu..dan jika berlaku perpisahan di pertengahan cerita bermakna ALLAH telah mencipta jodoh yg lebih baik buat mereka..

keempat..

cinta nafsu..cinta nafsu ialah cinta yg datang dari hawa nafsu semata2 dan bukannya dari sebuah hati yg ikhlas mencintai..cinta nafsu terlahir apabila seorang lelaki terpikat pada luaran atau fizikal seorang perempuan atau sebaliknya..mereka berhubungan kerana mereka tidak dapat menahan nafsu mereka melihat susuk tubuh pasangan mereka..dan cinta nafsu perlu di elakkan kerana jika di teruskan akan lahirlah seorang bayi yg tidak berbapa..

jadi..walaubagaimanapun cara cinta dilahirkan aku tetap bersyukur kerana aku memiliki cinta dan juga di cintai..walaupn aku tidak mempunyai seorang kekasih utk mencintai aku namun aku aku tetap mempunyai seorang ibu dan seorang abah yg akan tetap mencintai aku sampai bila2..cinta dari lelaki boleh di ganti..namun cinta ibu dan abah ku hanya satu..

bagi aku "sekali aku mencintai seseorang itu maka selamanya aku akan mencintai.."sbb cinta bknlah satu perasaan yg boleh di lenyapkan dgn sekelip mata..dan walaupn aku akan berjumpa cinta pada masa akan datang..aku xkn pernah melupakan cinta2 aku yg sebelumnya..kerana setiap percintaan itu mempunyai sentimental value yg tersendiri..

tapi apa yg paling penting bagi aku setiap cinta yg kita miliki di dalam dunia ini perlu berlandaskan pegangan agama ISLAM dan mengikut jln ALLAH..kerana dr DIA lah terbitnya cinta dan dr DIA lah cinta itu kembali..

secebis cintaku



aku pernah menyukainya..aku pernah mencintai dirinya..aku pernah memiliki momen-momen yg indah dengannya..dan aku juga mempunyai impian utk hidup bersamanya..dulu aku pernah meluahkan perasaanku padanya..dan dia menolakku beralasan ingin mengejar cita2 nya trlebih dahulu..dan dia relakan ku mencari lebih baik darinya...aku memahami maksud dia dan sedikit demi sedikit aku cuba mendelete dia dari hidupku..

namun dlm tidak aku sedar die masih menjadi sebahgian dari hidupku..walaupun tidaklah selalu tetapi dia akn tetap cuba ukt mencari aku..mulanya aku cuba utk melayaninya sama seperti lelaki lain..namun hati ini tidak boleh menidakkan kehadirannya dalam hidupku..

ketika kami bersama mencipta momen..dia pernah meluahkan kepadaku yg aku istimewa buatnya..wanita yg selalu memahaminya..dan dia menyayangi aku..aku dan dia selalu indah tanpa ada perasaan prejudis..dan dari situlah timbul perasaan sayang seorg perempuan kepada seorg lelaki..aku cuba utk menafikan perasaan ku..tapi hati ini lebih kuat mengiyakannya..dan aku kumpulkan kekuatan hati dan aku luahkan perasaan aku agar ia tidak layu di dalam hati..namun penolakan yg aku terima..


hujung tahun ini dia akan menjadi cinta abadi kepada wanita yg bertuah..dan aku dapat lihat kebahagiaan yg sedang dia nikmati..dia memberitahu aku dgn wajahnya yg bahagia..aku??aku??aku tergamam..apa maknanya semua ini??siapa aku sebenarnya pada dia??jika dia tidak mencintai aku..kenapa harus mencipta momen bersama aku??dan tinggalkan kesan mendalam ke atas diri dan hidupku..aku tidak tahu ekspresi muka yg bagaimana harus aku mimikkan..aku hanya tersenyum sedikit agar tidak terlihat perubahan hatiku yg jatuh meruntun..dia menyuruh aku berjanji utk datang ke majlis perkahwinannya..aku hanya menjawab acuh tidak acuh..hati kecilku tidak kuat utk menempuhi situasi sebegini..lebih baik aku tidak datang dan mendoakan kebahagiaannya dari jauh..ya..lebih baik begini..


aku tidak terlalu kecewa..bagiku cinta ini tak semestinya memiliki..cukup bagiku melihat dia bahagia..cukup bagiku seorg mempunyai perasaan sebegini..aku tidak minta untuk dia membalasnya..cukuplah sekadar aku yg merasai..aku cukup bahagia begini..aku yakin lama kelamaan nanti hati yg hangat akan pudar..cinta yg mekar akan layu..

kepada kamu..aku doakan kamu akan sentiasa bahagia dgn pilihan mu..aku harap pilihanmu adalah terbaik buatmu..cintailah wanita itu sepenuh hati..jgn sesekali menduakannya..sbb kamu akan melukakan hati 2 wanita dalam 1 masa..binalah keluargamu dgn penuh kasih sayang..seperti mana yg kamu angankan dgn ku sewaktu ketika dahulu..aku selalu mendokan yg terbaik utk mu..

Sunday, February 6, 2011

kebengangan melanda diri


aku bengang!!!bengang siot!!aku nak mnjerit sekuat hati tp kt bantal jela..kenape aku bengang??ish..lupe plak..sbb bengang nih aku jd terbangang jap..hahaha..aku geram dgn sorg practical student nih..(nama die xpyh la bgtau..bkn hebat or famous pn..aku panggil die suspect 1 je..hahaha)mana taknya td petang mse aku nk balik melaka dgn perasaan berkobar2 lepas dpt cermah percuma dr abah tibe2 masa dlm kereta ade calling dr unknown number..aku pn jawablah..tibe2 aku trdengar suara bdk tuh..hish..mengganggu petang aku jelah bdk nih..

suspect 1:nieza nk bagitau esk petang nieza jaga booth dgn kak yam tau.
aku yg cun:hah?kenapa plak??bkn turn korang ke yg kena jaga booth esk?
suspect 1:xtau lah boss..tibe2 die suruh nieza jaga dgn kak yam..
aku yg cun:ha yela2..ok bye..

bengang siot!!mesti mulut die yg mcm longkang taik tuh pegi mengadu kt boss yg group aku xnk tolong group dorang..hey perempuan!!kau kan hebat tahap dewa..kenapa nk aku tolong korang??hish..sbb kan die yg bermuka talam hitam tuh la buatkan boss mcm da under estimate kt aku..msti die ade ckp sumthing bad pasal aku..

so tomorrow aku kena kuat dan jgn tunjuk kan yg aku lemah..aku tau suspect 1 n the gang mmg nk tgk aku rse akward depan boss..so suspect 1..wut i can say is "BE WATCH OUT!!!"

Saturday, February 5, 2011

sy malas keja

after 4 ari cuti gong si fatt choy aku rse cm malas je nk blek mlake..rse cm xpuas je cuti..oh cuti!!kenape kau kejap sgt hadir dlm hari2 ku??esk da start keja balik..adoi..bosan la aku jawabnye..xde ape yg menarik pn kt office..sbb tuh la aku rse cm malas je nk pg keja..

sbb ape aku rse cm xbest je nk pg keja??ok aku bg 3 reason la sbb ape aku xsuke dgn keja aku..

1. aku xsuke keja office..aku suke keja luar..keja yg mencabar..keja yg xpayah duduk depan meja tgk fail2..dokumen2 customer..buat failing..fotostet..adoi..memeningkan kepala je beb!!!

2. sebab aku xbape nk suke environment kt tempat keja aku..yela kt dlm office tmpat aku keja nih ada conflict between staff and staff la..between staff and agent la..so aku as practical student nih da trstuck antara they all..so it makes me headache..

3. PA boss xsuke aku!!!wawawa..sedih btl..aku xtau la nape die x suke aku..mungkin aku nih jenis yg suke lawan sket kot pe yg die ckp..tp xbermakna aku jahat kn??kn??aku cume bgtau pe yg aku rse btl..hm..but im not saying it in high pitch..aku ckp elok2 je..die je yg rse aku nih nk lwn pe yg die rse btl..(ala PA boss mmg byk conflict dgn staff and agent..)so im not her favourite practical student la..

ha..so da tau nape aku malas nk pegi keja??sbb tuh la..sbnarnye klu nk kaji2 lg byk reason aku xsuke pg keja..tp ala besalah asam garam dunia..ade yg suke kite..ade yg benci kt kite..tp yg penting aku pegang pd 1 pepatah nih je..

SEKALI KITA BENCI ORANG SERIBU KALI ORANG BENCI KITA..

siapa aku?hanya aku yg tahu..

kekuatan luaran boleh di lihat dari mata kasar..tetapi kekuatan dihati hanya dapat dirasai oleh org yg pernah mengalami..aku tak pernah merungut dgn ketentuan Allah di dalam perjalanan cinta aku yg selalu berakhir di pertengahan cerita..dan aku juga tidak sebijak mana...aku sedar yg setiap yg berlaku ada hikmahnya..dan aku sentiasa bersyukur dengan apa yg telah Allah tentukan untukku...cuma ada waktunya aku bersedih dan hatiku sayu bila impian yg aku bina musnah..namun aku tetap bangkit dan aku jadikan pengalaman lalu sebagai penguat semangatku untuk menjadi lebih baik..
waktu kecil dahulu aku selalu bermain kahwin2 dgn kwn2 sepermainanku..kadang2 aku mnjadi pengantin..kadang2 aku mnjadi mak andam..kadang2 aku mnjadi pengapit..bila aku mengimbas kenangan lalu..aku tersenyum..alangkah indahnya jika kita dapat mencari pasangan hidup semudah waktu kecil dahulu..alangah bagusnya jika kita dapat hidup bahagia seperti cerita dongeng yg sering kita lakonkan di zaman kanak2..ayah keluar mencari nafkah..ibu memasak dirumah..dan anak2 pula pergi kesekolah..apa yg di bayang kan di waktu kecil dahulu semuanya indah belaka..seperti ayat yg sering tertulis di dalam buku fairy tales "happily ever after"..akan tetapi..setelah aku menginjak ke umur dewasa aku tersedar yg dunia nyata tak sama seperti yg aku bayangkan ketika kecil..
sewaktu aku masih anak kecil..aku selalu berangan untuk menjadi orang dewasa..kerana bila sudah dewasa aku bebas untuk menjadi apa yang aku ingin jadi..aku ingin melakukan aku yg orang dewasa lakukan..aku tidak perlu di arah2kan lg atau perlu bertanya untuk melakukan sesuatu..dan yg paling penting aku dapat bersama dengan lelaki idamanku..ya..menjadi dewasa adalah yg terbaik aku fikirkan waktu kecil dahulu..kini aku sudah benar2 dewasa..dan aku sedang menempuhi kehidupan yg aku idam2kan di waktu kecil dahulu..namun mengapa hati aku masih terasa seperti tidak puas walaupun aku sedang menikmati zaman dewasa yg aku idam2kan waktu kecil dahulu?malahan aku kini seperti ketakutan di dalam dunia yg aku cipta sendiri..dimanakah aku sebenarnya?siapakah aku?aku keliru..
pg tadi sedang aku membelek2 album2 lama..ak memandang dalam gambarku diwaktu kecil..lama aku duduk dan merenung gambarku..jika aku di berikan kesempatan..aku ingin putarkan masa agar dapat aku kembali ke zaman kanak2ku..supaya aku berpeluang untuk mencipta siapa diri aku dengan lebih baik..supaya aku dapat membetulkan kesilapan2 yg telah aku lakukan..dan jika dapat diputarkan masa..aku ingin menjadi anak yg terbaik untuk emak dan abah..namun aku sedar dunia aku bukan sebuah wayang..dan aku perlu berusaha untuk menjadi lebih baik..
sebelum emak dan abah bertolak ke johor..aku memandang tepat kewajah mereka..aku nampak garisan kedut2 di wajah mak dan abah..kalau 10 tahun dulu abah masih lg tegap dan gagah..kalau 10 tahun dulu emak masih lg kuat dan tidak beruban..kini aku memandang wajah yg sama namun kudrat abah tidak sehebat dulu..dan rambut emak tidak sehitam dulu..ya..aku tahu emak dan abah tidak seperti dulu lagi..walaupun jasad mereka banyak berubah tp aku tahu kasih sayang mereka tidak pernah berubah untuk aku dan adik beradikku..
aku..suhainizah binti ramli..aku msih lg mencari identitiku..mencari siapa aku..aku sedar aku tidaklah secantik mana..secerdik mana..jika ingin di bandingkan aku dengan adik beradikku yang lain..tapi aku akan buktikan pada keluargaku yg aku mampu berjaya dengan caraku sendiri..biarlah aku kecundang di tengah jalan..kerana aku akan jadikan kegagalan aku itu sebagai penguat aku untuk bangkit semula..