Friday, February 11, 2011

indahnya cinta

cinta??apa itu cinta??dari mana datangnya cinta??bagaimana cinta terlahir??soalan2 itu selalu berlegar2 di mindaku..di dalam hidupku..aku mengertikan cinta sebagai anugerah yg terindah yg ALLAH kurniakan kepada manusia..kerana dari cinta maka wujudlah hubungan di antara seorang insan dgn insan yg lain..cinta dapat dilihat dari beberapa sudut hati..

pertama...

cinta azali..cinta azali adalah cinta yg telah trbina sejak sebelum kita di ciptakan di dunia ini..cinta ini tidak dapat dipisahkan walau apa yg berlaku..dari cinta azali lah kita dilahirkan ke dunia ini..cinta azali ialah cinta di antara ibu bapa dan anak2nya..tidak kiralah bagaimana cara ibu bapa mengajar anak2nya dalam menghadapi dunia ini..tetapi cinta mereka terhadap anak2 tidak pernah pudar walau sedikit..mereka sanggup berkorban harta dan nyawa demi ank trsayang...dan tidak ada satu pn yg akan memisahkan cinta azali walaupn jasad tidak bernyawa..inilah di katakan cinta ibubapa di bawa kesyurga..

kedua...

cinta dan kasih..cinta dan kasih ini terlahir apabila seorang perempuan mempunyai persaan terhadap perempuan atau sebaliknya..cinta seperti ini tidak selalunya indah..cinta jenis ini seringkali di badai dgn dugaan dari ALLAH..ujian demi ujian ALLAH hadiahkan kepada pasangan itu supaya mereka dapat menilai keserasian, keimanan, dan sedalam mana cinta mereka terhadap pasangan..semua orang boleh bercerita tentang cinta dan kasih..namun bkn semua org yg akan benar2 menemui cinta dan kasih yg ALLAH tentukan untuk mereka..apa yg paling penting di dalam cinta dan kasih ialah cinta itu sendiri perlulah berlandaskan pegangan ISLAM dan mengikut jalan ALLAH..

ketiga..

cinta segera..cinta segera seringkali terjalin diantara seorang lelaki yg sunyi dgn seorang perempuan yg sunyi atau sebaliknya..cinta segera berlaku bila mana seorang lelaki terasa sunyi di hati dan dia telah memilih seorang wanita yg sunyi sebagai kekasihnya..cinta seperti ini kadang kala menjadi dan kadang kala tidak..jika cinta ini terjadi bermakna ALLAH berkuasa menemukan mereka dgn cara sebegitu..dan jika berlaku perpisahan di pertengahan cerita bermakna ALLAH telah mencipta jodoh yg lebih baik buat mereka..

keempat..

cinta nafsu..cinta nafsu ialah cinta yg datang dari hawa nafsu semata2 dan bukannya dari sebuah hati yg ikhlas mencintai..cinta nafsu terlahir apabila seorang lelaki terpikat pada luaran atau fizikal seorang perempuan atau sebaliknya..mereka berhubungan kerana mereka tidak dapat menahan nafsu mereka melihat susuk tubuh pasangan mereka..dan cinta nafsu perlu di elakkan kerana jika di teruskan akan lahirlah seorang bayi yg tidak berbapa..

jadi..walaubagaimanapun cara cinta dilahirkan aku tetap bersyukur kerana aku memiliki cinta dan juga di cintai..walaupn aku tidak mempunyai seorang kekasih utk mencintai aku namun aku aku tetap mempunyai seorang ibu dan seorang abah yg akan tetap mencintai aku sampai bila2..cinta dari lelaki boleh di ganti..namun cinta ibu dan abah ku hanya satu..

bagi aku "sekali aku mencintai seseorang itu maka selamanya aku akan mencintai.."sbb cinta bknlah satu perasaan yg boleh di lenyapkan dgn sekelip mata..dan walaupn aku akan berjumpa cinta pada masa akan datang..aku xkn pernah melupakan cinta2 aku yg sebelumnya..kerana setiap percintaan itu mempunyai sentimental value yg tersendiri..

tapi apa yg paling penting bagi aku setiap cinta yg kita miliki di dalam dunia ini perlu berlandaskan pegangan agama ISLAM dan mengikut jln ALLAH..kerana dr DIA lah terbitnya cinta dan dr DIA lah cinta itu kembali..

0 comments: