Monday, February 14, 2011

hadiah malam krismas

semalam aku menonton sebuah rancangan tv korea tentang hadiah yg paling bermakna di hari krismas..entri aku kali ni bknlah nk bercerita tentang kehebatan hari krismas..tapi aku nk bercerita tentang hadiah yg di berikan oleh program rancangan tersebut kepada pekerja2 asing dr india dan kemboja pd malam krismas iaitu "keluarga"..

pada mulanya aku menonton rancangan itu aku tak rasa apa2 pn..tapi bila aku melihat ekspresi wajah setiap ahli keluarga pekerja asing itu..hati aku cukup tersentuh..aku melihat tangisan seorang emak yg merindui anaknya..tangisan seorang isteri yg sering mengingati suaminya..rengekan dari seorang anak kepada ayahnya..aku melihat air mata yg tulus dan suci yg datang dari hati mereka..mereka saling berpelukan kerana hampir 2 thn trpisah kerana mencari rezeki di korea..terlalu besar pengorbanan mereka demi keluarga yg tersayang..

setiap ahli keluarga di beri masa 3 hari utk menikmati masa bersama2..dan hari terakhir mereka akan berpisah di airport korea..sekali lagi tangisan yg sangat syahdu bergema..anak2 kecil seolah2 memahami yg mereka tidak akan dpt brjumpa lg dlm waktu terdekat..si ibu yg tidak mahu melepaskan anaknya..dan di saat itu aku menitiskan air mata..apa yg berlaku bkn di reka2..dan air mata yg jatuh bknnya palsu..kerinduan yg masih lagi tidak puas namun sekali lagi mereka terpaksa berpisah..

apa yg aku dapat dari rancangan ini bknlah sekadar menangis kerana sedih semata2..tapi nilai sebuah keluarga..keluarga adalah orang yg paling dkt dgn diri kita..keluarga adalah orang yg sanggup menerima kita walau apa pn yg berlaku..buruk baik diri kita hanya akan di terima oleh keluarga tanpa sebarang syarat..sebenarnya bagi aku tanpa keluarga aku tak akan jd setabah ini..setiap kali aku gagal dalam hidup aku akan pandang wajah setiap ahli keluarga ku dan dgn sendirinya aku akan bangkit dari segala yg menjatuhkan aku..

keluarga adalah penguat untuk aku..keluarga juga adalah pendorong hidup aku..selemah mana pn aku..aku tetap akan bangkit semula kerana aku sedar aku mempunyai sebuah keluarga yg sentiasa ada bersama aku..ketika susah..ketika senang..setiap detik setiap saat..aku bangga menjadi sebahagian dari keluarga aku..walaupun ayahku bknlah seorang yg berpangkat dato' atau emakku bknlah seorang yg berpangkat datin tp mereka tetap orang yg paling aku sanjung selepas ALLAH dan NABI MUHAMMAD SAW..

tapi nilai keluarga adalah perkara yg subjektif..mungkin ada org berpendapat keluarga adalah org yg paling menyusahkan mereka..ada yg merasakan mereka terkongkong bila bersama keluarga..ada org yg hidup susah kerana di dera dgn ahli keluarga mereka sendiri..aku bersyukur kerana ahli keluarga ku saling memerlukan..kepada mereka yg mempunyai masalah dgn ahli keluarga jgnlah sesekali mengabaikan ibu bapa anda..ibu bapa adalah diri anda masa hadapan..sayangilah mereka sepenuh hati..ALLAH maha memberi dan maha mengetahui perkara yg terbaik untuk anda..

0 comments: