Saturday, February 5, 2011

siapa aku?hanya aku yg tahu..

kekuatan luaran boleh di lihat dari mata kasar..tetapi kekuatan dihati hanya dapat dirasai oleh org yg pernah mengalami..aku tak pernah merungut dgn ketentuan Allah di dalam perjalanan cinta aku yg selalu berakhir di pertengahan cerita..dan aku juga tidak sebijak mana...aku sedar yg setiap yg berlaku ada hikmahnya..dan aku sentiasa bersyukur dengan apa yg telah Allah tentukan untukku...cuma ada waktunya aku bersedih dan hatiku sayu bila impian yg aku bina musnah..namun aku tetap bangkit dan aku jadikan pengalaman lalu sebagai penguat semangatku untuk menjadi lebih baik..
waktu kecil dahulu aku selalu bermain kahwin2 dgn kwn2 sepermainanku..kadang2 aku mnjadi pengantin..kadang2 aku mnjadi mak andam..kadang2 aku mnjadi pengapit..bila aku mengimbas kenangan lalu..aku tersenyum..alangkah indahnya jika kita dapat mencari pasangan hidup semudah waktu kecil dahulu..alangah bagusnya jika kita dapat hidup bahagia seperti cerita dongeng yg sering kita lakonkan di zaman kanak2..ayah keluar mencari nafkah..ibu memasak dirumah..dan anak2 pula pergi kesekolah..apa yg di bayang kan di waktu kecil dahulu semuanya indah belaka..seperti ayat yg sering tertulis di dalam buku fairy tales "happily ever after"..akan tetapi..setelah aku menginjak ke umur dewasa aku tersedar yg dunia nyata tak sama seperti yg aku bayangkan ketika kecil..
sewaktu aku masih anak kecil..aku selalu berangan untuk menjadi orang dewasa..kerana bila sudah dewasa aku bebas untuk menjadi apa yang aku ingin jadi..aku ingin melakukan aku yg orang dewasa lakukan..aku tidak perlu di arah2kan lg atau perlu bertanya untuk melakukan sesuatu..dan yg paling penting aku dapat bersama dengan lelaki idamanku..ya..menjadi dewasa adalah yg terbaik aku fikirkan waktu kecil dahulu..kini aku sudah benar2 dewasa..dan aku sedang menempuhi kehidupan yg aku idam2kan di waktu kecil dahulu..namun mengapa hati aku masih terasa seperti tidak puas walaupun aku sedang menikmati zaman dewasa yg aku idam2kan waktu kecil dahulu?malahan aku kini seperti ketakutan di dalam dunia yg aku cipta sendiri..dimanakah aku sebenarnya?siapakah aku?aku keliru..
pg tadi sedang aku membelek2 album2 lama..ak memandang dalam gambarku diwaktu kecil..lama aku duduk dan merenung gambarku..jika aku di berikan kesempatan..aku ingin putarkan masa agar dapat aku kembali ke zaman kanak2ku..supaya aku berpeluang untuk mencipta siapa diri aku dengan lebih baik..supaya aku dapat membetulkan kesilapan2 yg telah aku lakukan..dan jika dapat diputarkan masa..aku ingin menjadi anak yg terbaik untuk emak dan abah..namun aku sedar dunia aku bukan sebuah wayang..dan aku perlu berusaha untuk menjadi lebih baik..
sebelum emak dan abah bertolak ke johor..aku memandang tepat kewajah mereka..aku nampak garisan kedut2 di wajah mak dan abah..kalau 10 tahun dulu abah masih lg tegap dan gagah..kalau 10 tahun dulu emak masih lg kuat dan tidak beruban..kini aku memandang wajah yg sama namun kudrat abah tidak sehebat dulu..dan rambut emak tidak sehitam dulu..ya..aku tahu emak dan abah tidak seperti dulu lagi..walaupun jasad mereka banyak berubah tp aku tahu kasih sayang mereka tidak pernah berubah untuk aku dan adik beradikku..
aku..suhainizah binti ramli..aku msih lg mencari identitiku..mencari siapa aku..aku sedar aku tidaklah secantik mana..secerdik mana..jika ingin di bandingkan aku dengan adik beradikku yang lain..tapi aku akan buktikan pada keluargaku yg aku mampu berjaya dengan caraku sendiri..biarlah aku kecundang di tengah jalan..kerana aku akan jadikan kegagalan aku itu sebagai penguat aku untuk bangkit semula..

0 comments: